Sedikit informasi berkenaan scan ibu mengandung :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Saya sentiasa doa mommies di luar sana sihat begitu juga babies dalam dalam kandungan. Akhir-akhir ini saya sentiasa dapat pertanyaan oleh mommies-to-be terutama sekali kandungan pertama.

1) Bila boleh mula scan untuk lihat bayi?
Kami cadangkan yang terbaik dan cost saving adalah buat 2D scan semasa kandungan berumur 9-12 minggu. Semasa kandungan berumur 9-12 minggu selalu nya Doktor dapat melihat bayi dalam kantung bersama degupan jantung. Ukuran bayi dalam kantung amat penting untuk menentukan tarikh bersalin mommies kelak. Untuk pasangan yang lebih anxious dan berdebar dan ingin scan lebih awal dalam 6-8 minggu, kami tidak halang dan selalunya kita dapat melihat kantung bayi :)

2) Doktor, saya nak scan 3D4D! 2D tak nampak apa-apa!
Buat pengetahuan mommies di luar sana yang kami sayangi, 2D adalah amat penting bagi para doktor. Daripada scan 2D hitam putih inilah doktor dapat melihat perkembangan otak, jantung badan dan semuanya. Tidak salah jika mommies ingin melakukan scan 3D4D kandungan seawal belasan mingu. Tetapi pastikan doktor melakukan ukuran parameters pada bayi menggunakan 2D :)




Contoh gambar 3D kandungan usia 10minggu. <3

3) Kenapa perlu minum air gula? Saya pening selepas minum tak tahan..
Minum air gula hanya dilakukan jika mommies mempunyai risiko mendapat kencing manis semasa mengandung. Antaranya :

-umur melebihi 25 tahun
-ibu dan ayah mempunyai kencing manis
-naik berat badan berlebihan
-keputihan melampau
-terdapat air gula dalam ujian air kencing
-sejarah bayi meninggal dalam kandungan
-sejarah keguguran
-sejarah bayi besar

Terdapat salah faham di mana mommies menganggap minum air gula itu sendiri adalah penyebab kenapa mommies dapat kencing manis. Tanggapan itu salah. Jika mommies tidak mempunyai kencing manis semasa mengandung, insulin di dalam badan mommies dapat menukar air gula untuk simpanan dan bacaan gula dalam darah juga akan menjadi normal. Hanya mommies yang mempunyai kencing manis sahaja bacaan gula dalam darah akan melebihi normal. Ini terjadi kerana uri menyebabkan insulin tidak lagi sensitif. Maka, mommies sekalian, minum lah air gula kerana risiko kencing manis semasa mengandung amat berbahaya terutamanya kepada bayi dalam kandungan.

4) Boleh tak saya ambil ubat semasa hamil?
Semasa mengandung mommies akan kerap rasa mual-mual, muntah-muntah, sakit kepala, pening,sakit belakang, kejang pada kaki, kebas-kebas tangan dan kaki. Ada segelintir mommies yang langsung tiada simptoms ini. Namun kepada mommies yang selalu rasa sakit sebegini, bersabar lah dan kuatkan semangat. Mommies sedang mengandung babies comel di dalam rahim. Perubahan ketara pada hormon dalam badan menganggu sedikit sebanyak mommies. Terdapat beberapa ubat yang selamat diambil oleh mommies sekalian. Contoh nya :

- paracetamol ( contoh panadol biasa 500mg) boleh diambil untuk sakit belakang dan sakit kepala
- maxolon/domperidone boleh diambil untuk muntah-muntah

Tanya lah kepada Doktor anda inshaaAllah kami akan membantu.

Kami sentiasa mendoakan kesihatan mommies dan babies semua.
Pesanan terakhir saya,

- jangan lupa ambil supplemet zincofer/obimin/similac
- jangan tinggal temujanji di klinik ibu&anak atau klinik desa
- jika mempunyai apa apa kerisauan terus berjumpa dengan Doktor

<3

Mama Khadijah








Popular posts from this blog

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan?

3D 4D scan at KLINIK UZMA Kelana Jaya

Vaksin Wajib dan Vaksin Tambahan di KLINIK UZMA