Posts

Showing posts from July, 2022

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan? PART 2

Image
 Assalamualaikum & Salam sejahtera semua, Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.  Apabila saya lihat kembali entri saya daripada 2012 sehingga kini, ramai yang bertanya soalan untuk post DOKTOR, HAID SAYA LEWAT!  Dan di antara banyak persoalan yang saya terima, Doktor... Ada tak jual ubat nak turun kan darah atau untuk gugur kan kandungan.  Pertama sekali ingin di ingatkan kepada semua, tujuan utama saya menulis post ini adalah untuk wanita yang sudah berkahwin dan ingin menimang anak dan mengandung. Nota penting untuk wanita berkahwin yang mengalami lewat haid; 1) Lakukan ujian air kencing mengandung UPT 2) Jangan terus ke farmasi atau klinik meminta untuk beli ubat untuk turunkan haid ( Ramai wanita berasa pelik jika haid lewat dan tidak regular )  3) Fikir terus, adakah saya sedang mengandung? Perlu tak saya berjumpa dengan doktor? Ada juga wanita yang mempunyai masalah lain jika haid lewat dan tidak regular contoh saya beri , seperti wanita yang mempunyai P

Thank you for the love and support Alhamdulillah Thank you Allah

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua      Tahun lepas betul betul rasa dah ada masa nak tulis dan update blog. Tetapi terkejut dengan jadual baru anak-anak. Khadijah masuk darjah satu dan Hajar & Luqman masih di taska. Saya memandu kereta  dalam 6 kali sehari pergi balik. Sangat sangat penat dan balik rumah dah penat.      Ramai bertanya Dr Sarah kerja bila? Maaf saya selalu ambil slot malam dan overnight. Dr Faizah juga banyak slot petang, malam dan overnight. Slot pagi susah sedikit untuk kami ambil. Alhamdulillah Allah beri ramai doktor baik-baik sertai Klinik Uzma. Dr Adilah Dr Sakina Dr Syaza Dr Isha Dr Absah ( I love you all !!! )      Semua doktor ini hebat-hebat alhamdulillah. Untuk pengetahuan semua, Dr Faizah, Dr Sakina dan Dr Isha sedang melanjutkan pelajaran ATFM ( Advanced Training in Family Medicine ) Programme untuk menjadi Pakar Perubaan Keluarga.  Saya sendiri baru apply untuk ATFM tetapi syarat terbaru ATFM bekerja slot overnight tidak dikira sebagai waktu b