Posts

Showing posts from February, 2021
Image
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, Saya doakan anda semua diberi kesihatan dan sentiasa gembira disamping keluarga tercinta.  Saya sudah lama menyepi, bukan menghilangkan diri tetapi terlalu sibuk sejak tahun 2017 lagi. Saya dan Dr Faizah telah melanjutkan pelajaran Graduate Certificate Family Medicine ( GCFM ) selama 2 tahun. Setiap bulan kami perlu menyiapkan assignments dan soalan MCQs dan perlu juga menghadiri kelas pada Sabtu & Ahad. Memang amat sibuk kerana perlu bekerja, belajar dan apatah lagi perlu menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga.  Alhamdulillah usaha kami diredhai Allah dan kami berdua telah lulus peperiksaan tersebut :) Di awal tahun 2019, kami bertekad untuk membuka Klinik Uzma cawangan kedua di Kelana Mall, Kelana Jaya. Impian kami untuk menambah servis dan membantu masyarakat setempat alhamdulillah hampir tercapai. Klinik Uzma Kelana Mall telah pun mula beroperasi daripada Oktober 2019. Syukur teramat sangat klinik kami mendapat sokongan darip