Posts

Kenapa saya tak tahu ada scan mengandung di sini?

Image
 Salam semua, Hujan lebat baru-baru ini. Rumah saya di Klang memang air dah naik hampir nak banjir macam bulan Disember tahun lepas. Syukur hujan lebat berhenti air tak terus menaik. Syukur ya Allah , sebab saya memang risau lebih lebih lagi suami kerja luar kawasan. Memang kemungkinan ada hujan lebat sehingga akhir tahun ini tapi dikhabarkan tidak akan jadi seperti banjir akhir tahun lepas. Saya dapat whatsapp mesej dari Dr Adilah. Dia cakap ada pesakit marah dan terkilan kenapa dia tak tahu Klinik Uzma Kelana Mall ada servis scan ibu mengandung dan scan sakit wanita. Pesakit itu duduk di sebelah Kelana Mall sahaja, apartment baru di High Park. Dia cakap dia google semua tapi nama Klinik Uzma tiada dalam list beliau. Dr Adilah terus memberitahu dan menegaskan kita perlu war-war kepada warga Kelana Jaya terutamanya.  Saya pun mula google dan mencari info di internet. Benar kata Dr Adilah, Klinik Uzma sudah jauh ke belakang. Pesakit tidak tahu kehadiran kami di Kelana Jaya.... Di zaman

Doakan Klinik Uzma ! Kami ingin bertahan untuk anda !

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Bagaimana perayaan Deepavali dan cuti sekolah baru-baru ini? Pasti bawa anak dan keluarga bercuti dan berjumpa sanak saudara. Semoga kita semua dilindungi dan diberi kesihatan sentiasa. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang perjalanan Klinik Uzma dan Fisio Uzma. Syukur alhamdulillah, kami diberi peluang untuk berkhidmat untuk masyarakat Kelana Jaya dan juga di seluruh KL & Selangor. Kami sentiasa memikirkan penambahbaikan pada servis kami dan juga bagaimana kami dapat membantu dan memudahkan pesakit kami. Kami cuba mempelbagaikan servis kami; ini termasuk cadangan untuk membuka Klinik Khas untuk 1) Weight management clinic 2) STD Clinic 3) Prep & Pep clinic 4) Mens health clinic 5) Yellow fever vaccination centre 6) OHD Clinic 7) Klinik Pakar Perubatan Keluarga Pada fikiran kami, kami ingin memudahkan pesakit dan client kami. Kami ingin menjadi one stop centre dan membantu ramai orang. Tetapi semua ini bukanlah mudah.  Kami fa

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan? PART 2

Image
 Assalamualaikum & Salam sejahtera semua, Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja.  Apabila saya lihat kembali entri saya daripada 2012 sehingga kini, ramai yang bertanya soalan untuk post DOKTOR, HAID SAYA LEWAT!  Dan di antara banyak persoalan yang saya terima, Doktor... Ada tak jual ubat nak turun kan darah atau untuk gugur kan kandungan.  Pertama sekali ingin di ingatkan kepada semua, tujuan utama saya menulis post ini adalah untuk wanita yang sudah berkahwin dan ingin menimang anak dan mengandung. Nota penting untuk wanita berkahwin yang mengalami lewat haid; 1) Lakukan ujian air kencing mengandung UPT 2) Jangan terus ke farmasi atau klinik meminta untuk beli ubat untuk turunkan haid ( Ramai wanita berasa pelik jika haid lewat dan tidak regular )  3) Fikir terus, adakah saya sedang mengandung? Perlu tak saya berjumpa dengan doktor? Ada juga wanita yang mempunyai masalah lain jika haid lewat dan tidak regular contoh saya beri , seperti wanita yang mempunyai P

Thank you for the love and support Alhamdulillah Thank you Allah

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua      Tahun lepas betul betul rasa dah ada masa nak tulis dan update blog. Tetapi terkejut dengan jadual baru anak-anak. Khadijah masuk darjah satu dan Hajar & Luqman masih di taska. Saya memandu kereta  dalam 6 kali sehari pergi balik. Sangat sangat penat dan balik rumah dah penat.      Ramai bertanya Dr Sarah kerja bila? Maaf saya selalu ambil slot malam dan overnight. Dr Faizah juga banyak slot petang, malam dan overnight. Slot pagi susah sedikit untuk kami ambil. Alhamdulillah Allah beri ramai doktor baik-baik sertai Klinik Uzma. Dr Adilah Dr Sakina Dr Syaza Dr Isha Dr Absah ( I love you all !!! )      Semua doktor ini hebat-hebat alhamdulillah. Untuk pengetahuan semua, Dr Faizah, Dr Sakina dan Dr Isha sedang melanjutkan pelajaran ATFM ( Advanced Training in Family Medicine ) Programme untuk menjadi Pakar Perubaan Keluarga.  Saya sendiri baru apply untuk ATFM tetapi syarat terbaru ATFM bekerja slot overnight tidak dikira sebagai waktu b
Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,       Apa khabar semua? Bagaimana menghadapi PKP 3.0 dan Lock Down kali ini? Pejam celik pejam celik, sudah hampir setahun setengah kita berdepan dengan pandemik Covid-19 ini. Kehidupan kita semua berubah 360 darjah. Norma baru menjadi sebati dengan diri.  *************** *******  Elak 3S dan sentiasa amalkan 3W ****************************    Alhamdulillah, sehingga hari ini hampir 4.7 juta dos pertama vaksin Covid-19 sudah diberi kan kepada rakyat. Vaksin Covid-19 ini adalah percuma buat semua rakyat Malaysia. Syukur. Saya dan rakan-rakan doktor di Klinik Uzma telah mendapatkan 2 dos vaksin Comirnaty daripada Pfizer daripada KPJ Damansara. Sebahagian daripada staf klinik mendapat vaksin Coronavac daripada Sinovac. Masing-masing mendapat kesan sampingan biasa seperti sakit di bahagian tempat cucuk, demam dan sakit-sakit badan. Hanya paracetamol dan rehat disarankan. Kehidupan sebagai seorang doktor dan seorang frontliner sememangnya mencabar
Image
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, Saya doakan anda semua diberi kesihatan dan sentiasa gembira disamping keluarga tercinta.  Saya sudah lama menyepi, bukan menghilangkan diri tetapi terlalu sibuk sejak tahun 2017 lagi. Saya dan Dr Faizah telah melanjutkan pelajaran Graduate Certificate Family Medicine ( GCFM ) selama 2 tahun. Setiap bulan kami perlu menyiapkan assignments dan soalan MCQs dan perlu juga menghadiri kelas pada Sabtu & Ahad. Memang amat sibuk kerana perlu bekerja, belajar dan apatah lagi perlu menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga.  Alhamdulillah usaha kami diredhai Allah dan kami berdua telah lulus peperiksaan tersebut :) Di awal tahun 2019, kami bertekad untuk membuka Klinik Uzma cawangan kedua di Kelana Mall, Kelana Jaya. Impian kami untuk menambah servis dan membantu masyarakat setempat alhamdulillah hampir tercapai. Klinik Uzma Kelana Mall telah pun mula beroperasi daripada Oktober 2019. Syukur teramat sangat klinik kami mendapat sokongan darip

Vaksin Wajib dan Vaksin Tambahan di KLINIK UZMA

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, Maaf sudah lama saya menyepi kerana agak sibuk dengan kelahiran anak kedua kami Hajar. Alhamdulillah kali ini saya dapat lahirkan baby secara normal setelah operation emergency caeser semasa anak pertama kami Khadijah. :) Semenjak akhir-akhir ini KLINIK UZMA banyak menerima kes kes berjangkit seperti penyakit tangan,kaki dan mulut (HFMD) dan cacar air (Chicken Pox, Varicella Zoster). Penyakit berjangkit seperti ini memerlukan kuarantin di rumah kerana kuatir akan senang berjangkit kepada orang lain terutama sekali golongan kanak-kanak, ibu mengandung dan warga emas. Maka, saya mengambil kesempatan disini untuk berkongsi maklumat mengenai vaksin wajib dan vaksin tambahan kerana saya yakin mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Vaksin wajib : Vaksin tambahan : Contoh jadual imunisasi bayi di Klinik Uzma ( jadual vaksin wajib bersama vaksin tambahan/optional) Vaksin tambahan adalah yang ditulis ( OPTIONAL ) Ram