Posts

Showing posts from 2021
Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,       Apa khabar semua? Bagaimana menghadapi PKP 3.0 dan Lock Down kali ini? Pejam celik pejam celik, sudah hampir setahun setengah kita berdepan dengan pandemik Covid-19 ini. Kehidupan kita semua berubah 360 darjah. Norma baru menjadi sebati dengan diri.  *************** *******  Elak 3S dan sentiasa amalkan 3W ****************************    Alhamdulillah, sehingga hari ini hampir 4.7 juta dos pertama vaksin Covid-19 sudah diberi kan kepada rakyat. Vaksin Covid-19 ini adalah percuma buat semua rakyat Malaysia. Syukur. Saya dan rakan-rakan doktor di Klinik Uzma telah mendapatkan 2 dos vaksin Comirnaty daripada Pfizer daripada KPJ Damansara. Sebahagian daripada staf klinik mendapat vaksin Coronavac daripada Sinovac. Masing-masing mendapat kesan sampingan biasa seperti sakit di bahagian tempat cucuk, demam dan sakit-sakit badan. Hanya paracetamol dan rehat disarankan. Kehidupan sebagai seorang doktor dan seorang frontliner sememangnya mencabar
Image
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera, Saya doakan anda semua diberi kesihatan dan sentiasa gembira disamping keluarga tercinta.  Saya sudah lama menyepi, bukan menghilangkan diri tetapi terlalu sibuk sejak tahun 2017 lagi. Saya dan Dr Faizah telah melanjutkan pelajaran Graduate Certificate Family Medicine ( GCFM ) selama 2 tahun. Setiap bulan kami perlu menyiapkan assignments dan soalan MCQs dan perlu juga menghadiri kelas pada Sabtu & Ahad. Memang amat sibuk kerana perlu bekerja, belajar dan apatah lagi perlu menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga.  Alhamdulillah usaha kami diredhai Allah dan kami berdua telah lulus peperiksaan tersebut :) Di awal tahun 2019, kami bertekad untuk membuka Klinik Uzma cawangan kedua di Kelana Mall, Kelana Jaya. Impian kami untuk menambah servis dan membantu masyarakat setempat alhamdulillah hampir tercapai. Klinik Uzma Kelana Mall telah pun mula beroperasi daripada Oktober 2019. Syukur teramat sangat klinik kami mendapat sokongan darip