Posts

Showing posts from November, 2022

Kenapa saya tak tahu ada scan mengandung di sini?

Image
 Salam semua, Hujan lebat baru-baru ini. Rumah saya di Klang memang air dah naik hampir nak banjir macam bulan Disember tahun lepas. Syukur hujan lebat berhenti air tak terus menaik. Syukur ya Allah , sebab saya memang risau lebih lebih lagi suami kerja luar kawasan. Memang kemungkinan ada hujan lebat sehingga akhir tahun ini tapi dikhabarkan tidak akan jadi seperti banjir akhir tahun lepas. Saya dapat whatsapp mesej dari Dr Adilah. Dia cakap ada pesakit marah dan terkilan kenapa dia tak tahu Klinik Uzma Kelana Mall ada servis scan ibu mengandung dan scan sakit wanita. Pesakit itu duduk di sebelah Kelana Mall sahaja, apartment baru di High Park. Dia cakap dia google semua tapi nama Klinik Uzma tiada dalam list beliau. Dr Adilah terus memberitahu dan menegaskan kita perlu war-war kepada warga Kelana Jaya terutamanya.  Saya pun mula google dan mencari info di internet. Benar kata Dr Adilah, Klinik Uzma sudah jauh ke belakang. Pesakit tidak tahu kehadiran kami di Kelana Jaya.... Di zaman

Doakan Klinik Uzma ! Kami ingin bertahan untuk anda !

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Bagaimana perayaan Deepavali dan cuti sekolah baru-baru ini? Pasti bawa anak dan keluarga bercuti dan berjumpa sanak saudara. Semoga kita semua dilindungi dan diberi kesihatan sentiasa. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang perjalanan Klinik Uzma dan Fisio Uzma. Syukur alhamdulillah, kami diberi peluang untuk berkhidmat untuk masyarakat Kelana Jaya dan juga di seluruh KL & Selangor. Kami sentiasa memikirkan penambahbaikan pada servis kami dan juga bagaimana kami dapat membantu dan memudahkan pesakit kami. Kami cuba mempelbagaikan servis kami; ini termasuk cadangan untuk membuka Klinik Khas untuk 1) Weight management clinic 2) STD Clinic 3) Prep & Pep clinic 4) Mens health clinic 5) Yellow fever vaccination centre 6) OHD Clinic 7) Klinik Pakar Perubatan Keluarga Pada fikiran kami, kami ingin memudahkan pesakit dan client kami. Kami ingin menjadi one stop centre dan membantu ramai orang. Tetapi semua ini bukanlah mudah.  Kami fa