Posts

Showing posts from 2015

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan?

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dan diharap dapat memberi manfaat kepada semua, Saya selalu ditanya soalan ini oleh rakan dan juga pesakit saya. Kebanyakan mereka akan panik dan cemas apabila haid datang lewat ini terutama sekali mereka yang sedang merancang untuk hamil. Haid lewat. Apakah penyebab-penyebabnya? 1) Haid lewat beberapa hari : perkara ini biasa terjadi.  Wanita yang mungkin sedang mengalami tekanan daripada kerja, masalah keluarga atau mereka yang mula mengambil ubat-ubatan jamu tradisional boleh mengalami kelewatan haid. Kadang-kadang, haid akan datang lewat sehingga 14 hari daripada hari biasa. Jika anda berasa risau dan mula merasa tidak selesa pada bahagian bawah pusat, segera berjumpa dengan doktor anda. Kepada wanita yang kitaran haidnya sangat teratur, kelewatan haid beberapa hari perlu diperiksa segera. Ujian air kencing perlu dijalankan untuk memastikan anda mengandung atau tidak ! Kit u

3D 4D scan at KLINIK UZMA Kelana Jaya

Image
Salam semua. Ramai tanya persoalan ini, terutama sekali ibu-ibu megandung. Bila minggu terbaik untuk lakukan 3D 4D scan dan Detailed scan? Berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini, konklusi saya adalah : 1) 3D 4D scan : Sesuai dilakukan pada 26 - 30 minggu. (Boleh sehingga 32 minggu tetapi berbeza untuk setiap wanita mengandung) Jika scan dilakukan terlalu awal kurang daripada 26 minggu; masalah yang dihadapi oleh doktor atau sonographer adalah, imej wajah bayi yang dihasilkan daripada 3D 4D scan ini mungkin kelihatan cengkung. Sesetengah pasangan tidak berapa selesa melihat wajah bayi dalam kandungan mereka kerana usia bayi masih kecil. Jika scan dilakukan terlalu lewat,( lebih daripada 32 minggu) kedudukan wajah bayi mungkin sudah melekat di rahim dan posisi muka ke bawah menyukarkan proses scan. Imej dihasilkan daripada scan mungkin tidak memuaskan kerana tiada ruang di antara wajah bayi dan rahim. Maka kesimpulannya, masa terbaik untuk melakukan scan 3D 4D a
Assalamualaikum semua. Nama saya Sarah. Tapi keluarga senang dengan panggilan Siti. Mama saya cakap, masa kecil-kecil dahulu nama Sarah tak sesuai dengan saya, jadi saya selalu menangis masa bayi. Maka keluarga dan saudara terdekat akan panggil saya Siti, sahabat handai akan panggil saya Sarah. Dah lama saya ingin tulis blog saya sendiri, alhamdulillah hari ni saya dah mula! Semoga blog saya ni dapat memberi manfaat kepada semua In sha Allah. XOXO