Assalamualaikum semua dan salam sejahtera,

Saya doakan anda semua diberi kesihatan dan sentiasa gembira disamping keluarga tercinta. 

Saya sudah lama menyepi, bukan menghilangkan diri tetapi terlalu sibuk sejak tahun 2017 lagi. Saya dan Dr Faizah telah melanjutkan pelajaran Graduate Certificate Family Medicine ( GCFM ) selama 2 tahun. Setiap bulan kami perlu menyiapkan assignments dan soalan MCQs dan perlu juga menghadiri kelas pada Sabtu & Ahad. Memang amat sibuk kerana perlu bekerja, belajar dan apatah lagi perlu menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga.  Alhamdulillah usaha kami diredhai Allah dan kami berdua telah lulus peperiksaan tersebut :)




Di awal tahun 2019, kami bertekad untuk membuka Klinik Uzma cawangan kedua di Kelana Mall, Kelana Jaya. Impian kami untuk menambah servis dan membantu masyarakat setempat alhamdulillah hampir tercapai. Klinik Uzma Kelana Mall telah pun mula beroperasi daripada Oktober 2019. Syukur teramat sangat klinik kami mendapat sokongan daripada pesakit-pesakit, rakan-rakan, saudara-mara dan keluarga kami. Kami buka dan beroperasi selama 21 JAM. Maka saya dan Dr Faziah dan rakan-rakan doktor lain perlu ONCALL dan bekerja sehingga subuh keesokan harinya :)







Tak disangka Malaysia dan satu dunia dilanda wabak besar pandemik Covid-19. Pada 18 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan diarahkan oleh kerajaan Malaysia dan ini merupakan salah satu usaha untuk menghapuskan penularan jangkitan Covid-19. Pejam celik pejam celik, tahun 2020 berlalu begitu sahaja. Kehidupan kita semua berubah kepada norma baru. Begitu juga dengan kami semua di Klinik Uzma. Segalanya norma baru. Alhamdulillah vaksin Covid-19 akan diberi kepada rakyat Malaysia bermula hari ini!




Semasa saya menulis blog ini, saya seperti tidak percaya cepat nya masa berlalu. Terlalu banyak perkara yang bermain-main di fikiran saya tetapi tidak pula saya merekodnya semua di sini. Menyesal pun ada..... InshaaAllah tahun 2021, saya dan rakan-rakan doktor di Klinik Uzma Kelana Mall akan terus berkongsi maklumat info untuk kebaikan semua masyarakat.

Sebelum saya berundur diri, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang berjumpa dengan ramai orang yang baik hati dan sentiasa mengingat saya kepada Allah. Terima kasih kepada orang - orang kuat Klinik Uzma : suami saya, Mohd Shahrin , rakan-rakan baik saya Dr Faizah Abu Bakar, Khidir, Dr Fitri, Dr Sakina, Dr Adilah, Dr Nur Lailis & Dr Kamarulariffin .


PS : Percaya tak ; saya, Dr Faizah, Dr Fitri, Dr Sakina, Dr Adilah & Dr Kamarul batch Penang Medical College PMC tahun 2010 <3 <3 <3 Thank you Allah!!!


FOLLOW KAMI DI : 

IG @klinikuzma
FB Klinik Uzma
www.klinikuzma.com


Sarah,
Mama kepada Khadijah, Hajar & Luqman





Popular posts from this blog

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan?

3D 4D scan at KLINIK UZMA Kelana Jaya

Vaksin Wajib dan Vaksin Tambahan di KLINIK UZMA