3D 4D scan at KLINIK UZMA Kelana Jaya

Salam semua.

Ramai tanya persoalan ini, terutama sekali ibu-ibu megandung. Bila minggu terbaik untuk lakukan 3D 4D scan dan Detailed scan?

Berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa ini, konklusi saya adalah :

1) 3D 4D scan : Sesuai dilakukan pada 26 - 30 minggu. (Boleh sehingga 32 minggu tetapi berbeza untuk setiap wanita mengandung)

Jika scan dilakukan terlalu awal kurang daripada 26 minggu; masalah yang dihadapi oleh doktor atau sonographer adalah, imej wajah bayi yang dihasilkan daripada 3D 4D scan ini mungkin kelihatan cengkung. Sesetengah pasangan tidak berapa selesa melihat wajah bayi dalam kandungan mereka kerana usia bayi masih kecil.

Jika scan dilakukan terlalu lewat,( lebih daripada 32 minggu) kedudukan wajah bayi mungkin sudah melekat di rahim dan posisi muka ke bawah menyukarkan proses scan. Imej dihasilkan daripada scan mungkin tidak memuaskan kerana tiada ruang di antara wajah bayi dan rahim.

Maka kesimpulannya, masa terbaik untuk melakukan scan 3D 4D adalah pada 26 - 30 minggu. Telefon Doktor atau Sonographer anda untuk maklumat lebih lanjut.

2) Detailed scan : Sesuai dilakukan pada usia 20 - 24 minggu ( Scan seawal 18 minggu tetapi di bawah nasihat Doktor Pakar )

Sedikit informasi untuk dikongsi bersama. Detailed scan hanya dilakukan untuk wanita mengandung yang mempunyai risiko dan masalah kesihatan. Contohnya, wanita yang mengalami keguguran yang kerap, pernah mengalami kematian bayi dalam kandungan semasa bayi dalam second trimester ke atas, masalah kencing manis semasa mengandung, wanita yang merokok/mengambil alkohol semasa mengandung dan sebagainya*.

Detailed scan ini adalah scan yang teliti yang memeriksa keadaan bayi daripada bahagian kepala, otak, jantung, buah pinggan, tulang belakang, perut sehingga jari jemari bayi. Hanya dilakukan oleh Pakar O&G (Obstetric dan Gynaecology) dan Sonographer terpilih. Mengambil masa sehingga 1 jam.



CONTOH HASIL GAMBAR-GAMBAR 3D SCAN 

                                                 Imej bayi : 14 minggu di dalam kandungan.
                                ( Pandangan atas. Dapat dilihat di sini wajah bayi, tangan, badan dan tali pusat)



                      Imej bayi : 19 minggu dalam kandungan.
( Wajah bayi dihasilkan oleh 3D scan. Kelihatan wajah bayi cengkung. )

Imej bayi : 22 minggu dalam kandungan. 
( Kelihatan tangan bayi menutup muka )


                             
Imej bayi : 26 minggu dalam kandungan.
( baby is sleeping xoxo )

Imej bayi : 30 minggu dalam kandungan.
( baby pun sedangkan lepak tido. Dapat dilihat jari tangan kanan.)


Imej bayi : 32 minggu dalam kandungan
( wajah bayi masih kelihatan tetapi imej berkualiti sukar dihasilkan. )


* Kesemua gambar ini adalah hak terpelihara KLINIK UZMA Kelana Jaya.
Tidak boleh digunakan tanpa pengetahuan dan untuk mana-mana promosi*

Sesiapa yang ingin mendapat kan informasi lanjut tentang 3D 4D scan atau Detailed Scan, boleh lah menghubungi KLINIK UZMA di 03-7887 6537. Klinik ini terletak di Jalan SS 6/18 (berdepan dengan D Stall Corner ) beralamat J-05-01, Jalan SS 6/18, Dataran Glomac Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya.

Harga 3D 4D scan dalam lingkungan RM 80 - 150 
Harga Detailed scan dalam lingkungan RM 200 - 220 

Boleh juga lihat facebook Klinik Uzma untuk informasi. 


Harap blog saya kali ini dapat membantu sedikit sebanyak pemahaman semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

XOXO,
Mama babyKhadijah



Popular posts from this blog

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan?

Vaksin Wajib dan Vaksin Tambahan di KLINIK UZMA