Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dan diharap dapat memberi manfaat kepada semua, Saya selalu ditanya soalan ini oleh rakan dan juga pesakit saya. Kebanyakan mereka akan panik dan cemas apabila haid datang lewat ini terutama sekali mereka yang sedang merancang untuk hamil.

Haid lewat. Apakah penyebab-penyebabnya?

1) Haid lewat beberapa hari : perkara ini biasa terjadi.

 Wanita yang mungkin sedang mengalami tekanan daripada kerja, masalah keluarga atau mereka yang mula mengambil ubat-ubatan jamu tradisional boleh mengalami kelewatan haid. Kadang-kadang, haid akan datang lewat sehingga 14 hari daripada hari biasa. Jika anda berasa risau dan mula merasa tidak selesa pada bahagian bawah pusat, segera berjumpa dengan doktor anda.

Kepada wanita yang kitaran haidnya sangat teratur, kelewatan haid beberapa hari perlu diperiksa segera. Ujian air kencing perlu dijalankan untuk memastikan anda mengandung atau tidak !

Kit ujian kencing untuk mengesahkan anda mengandung ( UPT - urine prregnancy test ) boleh didapati dimana-mana farmasi, kedai runcit ( seperti 7 eleven/KK Mart ) atau boleh terus ke klinik berdekatan anda. Jika anda mengandung, anda akan melihat 2 garisan pada ujian kit anda. Ujian negatif jika terdapat 1 garisan pada C (control ). Ujian tidak sah jika tiada apa-apa garisan apa kit atau 1 garisan pada T (TEST)!

PERINGATAN :

>> Jika anda ingin melakukan ujian air kencing sendiri, pastikan lakukan ujian ini pada awal pagi selepas bangun daripada tidur. Kandungan hormon paling tinggi di dalam air kencing pada waktu pagi. :)

>> JANGAN sesekali pergi ke farmasi dan membeli ubat untuk turunkan haid. Terutama sekali kepada mereka yang sedang merancang untuk hamil.

Di sini saya ingin ambil kesempatan ini untuk berkongsi cerita sedih berlaku kepada salah seorang sahabat kita. Puan XXX dan suami telah berkahwin selama 9 tahun dan masih tidak dikurniakan zuriat. Puan XXX telah mengalami kelewatan haid selama 7 hari, namun pada beliau mungkin dia sakit dan tidak langsung terlintas di fikiran yang kemungkinan dia mengandung. Puan XXX telah pergi ke farmasi dan membeli ubat untuk turunkan haid. Selepas mengambil ubat itu untuk 3 hari, Puan XXX merasai kesakitan yang amat pada bahagian bawah pusat dan segera ke klinik swasta berdekatan. Ujian air kencing dijalankan oleh doktor dan POSITIF!!! Puan XXX sebenarnya sedang mengandung!!! Namun ubat turun darah yang dibeli dariapda farmasi telah menyebabkan Puan XXX mengalami keguguran.

Maka saya sarankan, jangan sesekali membuat kesimpulan dan mengambil keputusan untuk mengambil ubat turun haid selagi tidak mendapat nasihat daripada Doktor anda. Sama-sama kita mengambil iktibar daripada cerita ini.


2) Haid datang lewat sebulan ke beberapa bulan.

Ramai wanita diluar sana yang mengalami masalah haid datang tidak menentu. Kadang-kala sehinga 6 bulan!

Penyebab utama adalah mungkin disebabkan oleh Polycystic Ovarian Syndrome ( PCOS ) yang menyebabkan kilang telur tidak dapat menghasilkan telur matang. Ciri-ciri wanita yang mungkin mempunyai masalah PCOS ini adalah ;

a) kitaran tidak tetap.
b) mempunyai masalah berat badan berlebihan ( obese )
c) mempunyai ciri-ciri kelelakian : contohnya tumbuh bulu kaki yang lebat dan kasar/tumbuh misai dan sebagainya
d) apabila jalani scan; kilang telur dilihat tidak normal seperti biasa.

Jika anda mempunyai ciri-ciri diatas; sila dapatkan nasihat doktor dan membuat pemeriksaan lebih lanjut.

Maka, apakah perlu saya lakukan ? Nasihat biasa daripada doktor adalah, TURUNKAN BERAT BADAN ANDA!!! Itu adalah perkara atas bagi menangani masalah PCOS. Mula makan makanan seimbang, lebihkan sayur-sayuran hijau, mengambil makanan LOW GLYCAEMIC INDEX (makan kurang gula ) dan lebihkan senaman. Saya tahu cakap mulut memang senang daripada melaksanakannya. Tetapi, nak seribu daya tak nak seribu dalih! <3

Kepada mereka yang ingin merancang untuk hamil, dinasihatkan dapatkan nasihat doktor!


Kesimpulannya; perkara paling selamat yang perlu anda lakukan jika haid lewat :

A) Beli kit ujian air kencing untuk memastikan anda mengandung atau tidak. ( kepada mereka yang telah berkahwin dan merancang untuk hamil )
B) Rekod kitaran haid untuk setiap bulan anda. Lihat trend haid anda.
C) Jangan terus membeli sebarang ubat dan mengambil ubat turun darah tanpada nasihat doktor.
D) Dapatkan nasihat doktor/doktor pakar wanita untuk lebih maklmat dan pemeriksaan.


Contoh-contoh gambar:


URINE PREGNANCY TEST

Positif : 2 garisan
Negatif : 1 garisan pada huruf C (control)

2 garisan dapat dilihat disin. Anda positif mengandung!

2 garisan : positif mengandung :)

Pelbagai jenis ujian kit di pasaran. 2 garisan dilihat. Ujian positif.



Ujian tidak sah. 1 garisan dilihat pada huruf T ( test )

PERINGATAN : Terdapat keputusan ujian air kencing yang false positive dan false negative.

False positive : Terdapat 2 garisan pada ujian kit anda. Namun anda TIDAK HAMIL???!!!  Kemungkinan kit yang anda beli rosak. Ulang ujian air kencing menggunakan brand/jenama kit yang berlainan untuk mendapatkan double confirmation!

False negative : Terdapat 1 garisan pada huruf C (control). Namun anda HAMIL ???!!!!!!
Kemungkinan anda menjalankan ujian air kencing pada waktu petang dan malam. Konsentrasi hormon dalam air kencing berkurangan dan menyebabkan ujian tidak sensitif. Ulang air kencing pada awal pagi selepas bangun tidur. Jika anda baru lewat haid dalam beberapa hari ke seminggu, tunggu dan ulang ujian air kencing lagi sekali selepas 1 minggu.




Terima kasih.

MamaKhadijah

https://g.page/KlinikUzma?share












Popular posts from this blog

3D 4D scan at KLINIK UZMA Kelana Jaya

Vaksin Wajib dan Vaksin Tambahan di KLINIK UZMA