Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 


    Apa khabar semua? Bagaimana menghadapi PKP 3.0 dan Lock Down kali ini? Pejam celik pejam celik, sudah hampir setahun setengah kita berdepan dengan pandemik Covid-19 ini. Kehidupan kita semua berubah 360 darjah. Norma baru menjadi sebati dengan diri. 


*************** ******* Elak 3S dan sentiasa amalkan 3W ****************************


   Alhamdulillah, sehingga hari ini hampir 4.7 juta dos pertama vaksin Covid-19 sudah diberi kan kepada rakyat. Vaksin Covid-19 ini adalah percuma buat semua rakyat Malaysia. Syukur. Saya dan rakan-rakan doktor di Klinik Uzma telah mendapatkan 2 dos vaksin Comirnaty daripada Pfizer daripada KPJ Damansara. Sebahagian daripada staf klinik mendapat vaksin Coronavac daripada Sinovac. Masing-masing mendapat kesan sampingan biasa seperti sakit di bahagian tempat cucuk, demam dan sakit-sakit badan. Hanya paracetamol dan rehat disarankan. Kehidupan sebagai seorang doktor dan seorang frontliner sememangnya mencabar, dan mendapatkan vaksin Covid-19 adalah salah sebahagian daripada usaha kami. Kami berdoa dan bertawakal kepada Allah, semoga semua rakyat Malaysia dilindungi dan sentiasa diberi kesihatan. Amin.



( Gambar : Medical assistant dan physiotherapist Klinik Uzma Kelana Mall setelah diberi vaksin )

 Namun kehidupan kita perlu terus diteruskan. Kita masih perlu keluar mencari rezeki, ibu-ibu hamil masih ke klinik untuk pemeriksaan bayi, bayi-bayi dan kanak-kanak masih perlu keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan suntikan vaksin wajib dan vaksin tambahan. 

   Jadi pada post kali ini, saya ingin berkongsi jadual imunisasi kebangsaan terbaru bermula 2021.

Tahukah anda bermula tahun 2021 ini, vaksin Pneumokokal sudah ada di dalam jadual imunisasi kebangsaan untuk bayi? Usaha Datuk Dr Zulkifli Ismail dan Dato' Dr Musa dan ramai lagi akhirnya membuahkan hasil. Ini kerana, bakteria yang dipanggil Streptococcus Pneumoniae boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan berbahaya seperti jangkitan paru-paru, meningitis ( jangkitan pada selaput otak dan saraf tunjang ), jangkitan dalam darah  dan jangkitan dalam telinga tengah.  Jangkitan daripada bakteria ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut. 

    Di Klinik Uzma Kelana Mall, terdapat 2 jenis vaksin pneumokokal iaitu Prevenar-13 dan juga Synflorix. 


Vaksin Prevenar-13 ( merangkumi 13 jenis bakteria Streptoccus Pneumoniae ). Prevenar-13 boleh didapati di kebanyakan klinik swasta dan hospital swasta.

Vaksin Synflorix ( merangkumi 10 jenis bakteria Streptococcus Pneumoniae ). Synflorix diberikan secara PERCUMA kepada bayi yang dilahirkan bermula tahun 2021. 


Di bawah ini adalah jadual terbaru :




Di klinik kesihatan atau klinik ibu & anak;



3 dos vaksin pneumokokal ( Synflorix ) diberikan pada bayi :

Dos 1 : 4 bulan

Dos 2 : 6 bulan

Dos 3 (booster) : 15 bulan


    Untuk klinik swasta dan hospital swasta, pesakit boleh memilih untuk mendapatkan vaksin pneumokokal jenis Prevenar-13. Adakah vaksin Prevenar-13 lebih baik daripada Synflorix? Pada pendapat saya, kedua-dua vaksin ini boleh melindungi bayi dan kanak-kanak daripada mendapat kesan komplikasi teruk akibat bakteria Streptococcus Pneumoniae. Maka, dapatkanlah vaksin pneumokokal untuk bayi dan anak anda.

    Saya juga sudah mengambil vaksin Prevenar-13. Jadual vaksin untuk Prevenar-13 adalah sedikit berbeza dengan Synflorix.


Untuk Prevenar-13, 




Untuk Prevenar-13 

Bayi berumur : 

2 - 6 bulan : 4 dos 

7-11 bulan : 3 dos

12-23 bulan : 2 dos

24 bulan ke atas : 1 dos



Prevenar-13 juga melindungi bayi dan kanak-kanak daripada komplikasi teruk akibat Invasive Pneumococcal Disease ( IPD ). Kes IPD menurun dengan banyak dengan pemberian vaksin penumokokal.

Maaf gambar diatas tidak berapa jelas, saya zoom semasa kelas sebelum zaman pandemik Covid-19. Rindu juga hadir ke kelas secara fizikal. Sekarang semua kelas dilakukan secara online. Feeling dia memang tidak sama! Hehe



    Alhamdulillah, saya sudah suntik vaksin pneumokokal Prevenar-13 untuk semua anak-anak saya Khadijah, Hajar, Luqman dan termasuk untuk diri saya. Hanya 1 dos diperlukan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas dan termasuk orang dewasa. Selepas mengambil vaksin pneumokokal, badan kita akan menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria Streptococcus Pneumoniae. Memori sel juga akan sentiasa berwaspada untuk jangkitan akan datang dan menghasilkan antibodi badan lebih banyak jika terkena jangkitan akibat bakteria ini! 

Akhir sekali, terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memasukan vaksin pneumokokal di dalam jadual imunisasi kebangsaan. Vaksin-vaksin ini diberi kan secara percuma di klinik kesihatan dan klinik ibu & anak yang terlibat. Saya amat bersyukur ! 


Harga Prevenar-13 di Klinik Uzma Kelana Mall ( KUKM )RM260/dos. 

( Buat masa sekarang ada promosi diskaun RM13 untuk setiap dos. Jadi harga turun ke RM247/dos!!!! )

Harga Synflorix di Klinik Uzma Kelana Mall (KUKM) RM 180/dos.


Boleh WALK IN !!! Atau boleh hubungi dulu sebelum datang untuk pastikan vaksin ada :)

Nombor telefon @klinikuzma 0378860002 atau whatsapp kami di 0109863198 atau layari portal:

 www.klinikuzma.com


Untuk maklumat lanjut boleh mengenai vaksin boleh baca di portal di bawah :


https://www.immunise4life.my/

http://www.myhealth.gov.my/category/bayi-dan-kanak-kanak/


Mari kita terus berdoa pandemik ini akan berakhir dengan segera! Amin Amin Amin


xoxo,

Dr Sarah



Popular posts from this blog

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan?

3D 4D scan at KLINIK UZMA Kelana Jaya

Vaksin Wajib dan Vaksin Tambahan di KLINIK UZMA