Thank you for the love and support Alhamdulillah Thank you Allah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua


    Tahun lepas betul betul rasa dah ada masa nak tulis dan update blog. Tetapi terkejut dengan jadual baru anak-anak. Khadijah masuk darjah satu dan Hajar & Luqman masih di taska. Saya memandu kereta  dalam 6 kali sehari pergi balik. Sangat sangat penat dan balik rumah dah penat. 

    Ramai bertanya Dr Sarah kerja bila? Maaf saya selalu ambil slot malam dan overnight. Dr Faizah juga banyak slot petang, malam dan overnight. Slot pagi susah sedikit untuk kami ambil. Alhamdulillah Allah beri ramai doktor baik-baik sertai Klinik Uzma.

Dr Adilah

Dr Sakina

Dr Syaza

Dr Isha

Dr Absah

( I love you all !!! )

    Semua doktor ini hebat-hebat alhamdulillah. Untuk pengetahuan semua, Dr Faizah, Dr Sakina dan Dr Isha sedang melanjutkan pelajaran ATFM ( Advanced Training in Family Medicine ) Programme untuk menjadi Pakar Perubaan Keluarga.  Saya sendiri baru apply untuk ATFM tetapi syarat terbaru ATFM bekerja slot overnight tidak dikira sebagai waktu bekerja. Selepas itu saya buat keputusan untuk tundakan dahulu dan beri ruang kepada mereka bertiga dahulu. 


    Hari ini tergerak hati nak cuba 'search' Klinik Uzma di dalam Twitter... Ya Allah saya memang terkejut membaca ..












    Alhamdulillah dengan izin Allah ramai yang selesa dan suka dengan servis yang diberikan oleh Klinik Uzma. Thank you Allah. Thank you semua yang sentiasa memberi sokongan kepada Klinik Uzma. Saya amat menghargai post post anda sekalian. Terima kasih  banyak banyak.


    Tapi saya faham. Bukan semua indah indah sahaja. Terus terang saya beritahu memang kadang kala ada pesakit yang marah juga, kerana terpaksa menunggu sedikit lama di Klinik kerana pesakit datang di klinik pada waktu yang sama. Ada yang mengatakan staff tidak cekap dan sebagainya. Kami semua sememang nya manusia biasa. Ada juga buat kelemahan. Tetapi kami sentiasa cuba untuk memberi servis yang terbaik kepada semua dan merawat semua pesakit seperti keluarga kami sendiri. Selalunya semasa berada dalam situasi genting, di mana ramai pesakit datang ke klinik pada masa yang sama..Contoh 20 orang datang untuk berdaftar; waktu menunggu akan menjadi lama walaupun di Klinik Uzma Kelana Mall ada 2-3 doktor bertugas pada satu shift. Kami juga cuba mengasingkan pesakit demam tinggi yang mungkin mempunyai simtom Covid-19. Kami meminta pesakit untuk tunggu di Fever Centre > Khemah di luar klinik. Kami lakukan semua ini untuk kebaikan semua pesakit. Kerana di klinik ramai juga ibu mengandung datang untuk check-up dan kanak kanak yang datang untuk vaksin wajib. Harap semua pesakit memahami apa yang sedang kami lakukan. <3 <3 <3


Kami sedang memperhalusi proses masuk keluar di Klinik Uzma. Percayalah, saya, Dr Faizah dan semua staff Uzma sememangnya nak beri yang terbaik untuk pesakit dan anda semua. Semua aduan kalian saya dan Dr Faizah ambil kira dengan serius dan terus akan berbincang untuk penambaikan. Terima kasih untuk aduan membina kalian. Kepada mereka yang memberi sokongan kepada kami daripada tahun 2015 lagi, setinggi tinggi terima kasih kami ucapkan.


Untuk pengetahuan semua, kami sedang mengembangkan operasi Klinik Uzma. Kami sudah membuka Pusat Fisio Uzma !!! Fisio Uzma tingkat 2 sahaja!! Atas Klinik Uzma Kelana Mall. Ada lift di kawasan kedai. Senang untuk pesakit untuk pergi ke pusat Fisio Uzma. Terapis Fizah & terapis Nadia sedia membantu. Alhamdulillah.



Boleh hubungi pusat fisioterapi Uzma di 0139290708. Ada promosi untuk terapi kali pertama RM70!!!


Syukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaan yang dberikan kepada kami semua. Doakan kami terus memberi servis yang terbaik untuk komuniti Kelana Jaya dan Selangor / Kuala Lumpur. Semoga Allah akan memberkati usaha kami..


AMAL UZMA masih berjalan di Klinik Uzma Kelana Mall. Kepada mereka yang memerlukan keperluan asas seperti beras, minyak, mee, susu tepung, gula boleh lah singgah ke Klinik Uzma Kelana Mall. 


Saya mendoakan semua yang membaca entri ini diberi kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Semoga amalan kita akan menjadi bekalan untuk hari akhirat nanti. 


Assalamualaikum semua.

#KlinikUzma

#FisioUzma

#Sihat Bersama-sama

#Uzma_jom_sihat


Sarah

 




Popular posts from this blog

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan?

3D 4D scan at KLINIK UZMA Kelana Jaya

Vaksin Wajib dan Vaksin Tambahan di KLINIK UZMA