Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan? PART 2

 Assalamualaikum & Salam sejahtera semua,

Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja. 


Apabila saya lihat kembali entri saya daripada 2012 sehingga kini, ramai yang bertanya soalan untuk post DOKTOR, HAID SAYA LEWAT!  Dan di antara banyak persoalan yang saya terima, Doktor... Ada tak jual ubat nak turun kan darah atau untuk gugur kan kandungan. 

Pertama sekali ingin di ingatkan kepada semua, tujuan utama saya menulis post ini adalah untuk wanita yang sudah berkahwin dan ingin menimang anak dan mengandung.

Nota penting untuk wanita berkahwin yang mengalami lewat haid;

1) Lakukan ujian air kencing mengandung UPT

2) Jangan terus ke farmasi atau klinik meminta untuk beli ubat untuk turunkan haid ( Ramai wanita berasa pelik jika haid lewat dan tidak regular ) 

3) Fikir terus, adakah saya sedang mengandung? Perlu tak saya berjumpa dengan doktor? Ada juga wanita yang mempunyai masalah lain jika haid lewat dan tidak regular contoh saya beri , seperti wanita yang mempunyai PolyCystic Ovarian Syndrome (PCOS) dimana hormon FSH & LH tidak normal dan menyebabkan ovum / telur wanita tidak dapat matang seperti biasa. 


....................................................................................................................................................................


Namun........ rata - rata persoalan datang daripada wanita yang sudah aktif hubungan kelamin tetapi takut kemungkinan mengandung dan ingin turunkan darah supaya tidak mahu mengandung. Ramai bertanya bolehkah mereka membeli ubat turunkan darah atau ubat untuk gugurkan kandungan. Terdapat beberapa orang memberi link dimana mereka boleh membeli ubat untuk gugurkan kandungan atau turunkan haid!! Ya Allah!!!

INI SEMUA ADALAH TIDAK BETUL DAN BOLEH MEMBAHAYAKAN NYAWA & KESIHATAN ANDA.


Kepada mereka yang sudah lewat haid dan mengandung, perkara pertama ..jangan panik. Tenang kan diri dahulu. Apabila anda melihat ujian UPT anda positif ( dua line ), jangan panik dahulu. Tenangkan diri dan fikiran anda. Jangan terus membuat keputusan yang drastik dan gopoh gapah kerana mungkin keputusan itu boleh membahayakan nyawa anda dan kesihatan anda. Saya memohon banyak-banyak, tulus ikhlas dari hati saya supaya jangan lakukan perkara perkara drastik dan melulu.


Apa anda boleh lakukan,

1) Tenangkan diri. Jangan panik. 

2) Ulang ujian air kencing kali kedua keesokan pagi dan lihat keputusan UPT yang kedua.

3) Jika positif ( dua baris ), iya anda sedang mengandung! 

4) Jangan melayari internet dan terus ingin mencuba dan membeli ubat ubat bahaya untuk gugurkan kandungan. JANGAN. Terdapat banyak kes dimana wanita yang mengambil ubat ini mendapat tumpah darah yang banyak sehingga pengsan, tidak sedar diri dan ada juga terus hipovolemik shock kerana hilang darah yang amat banyak!

5) Singgah ke klinik swasta dan dapatkan nasihat doktor. Kenapa saya cadangkan klinik swasta? Kerana banyak klinik swasta sekarang yang mempunyai mesin ultrasound scan, anda mungkin lebih selesa bercakap dengan doktor di dalam keadaan lebih 'privasi' dan anda boleh berbincang sedikit lama dengan doktor anda. Google / Cari klinik-klinik yang ada lakukan scan untuk ibu mengandung dan terus ke klinik berdekatan. Selalu cas dalam RM70-100 untuk ujian UPT, Konsultasi & Scan. 

Di Klinik Uzma Kelana Mall, Kelana Jaya :

> Scan awal ( early scan ) RM35 + konsultasi doktor RM30 = RM65

> Ujian air kencing = RM15

> Total dalam RM80.

 Jika anda mempunyai masalah kewangan, buat appointment untuk ke klinik kesihatan berdekatan!!!!. Sekarang anda TIDAK BOLEH walk-in ke klinik kesihatan. Buat appointment di aplikasi ini, download di dalam telefon: 


6) Jangan letakkan dalam fikiran semua orang akan marah anda. Semua orang akan benci anda. Semua orang akan kutuk anda. PERCAYALAH RAMAI YANG INGIN BANTU ANDA.

7) Tolong janji kepada diri sendiri, jangan lakukan perkara tidak betul kerana ia boleh membahayakan kesihatan & nyawa anda. 


Saya dan rakan rakan doktor di Klinik Uzma Kelana Mall, Kelana Jaya sedia membantu anda. Kami akan cuba berbincang dan memberi solusi terbaik untuk anda.


WAZE GOOGLEMAP kami : KLINIK UZMA KELANA MALL


Remember you are NOT alone! We are here to help !


Dr Sarah

0378860002

0109863198

www.klinikuzma.com

#klinikuzma

#fisiouzma

#uzma_jom_sihat


PS: Kepada mereka yang aktif dalam hubungan kelamin tetapi tidak mahu mengandung, tolong lah berbincang dengan Doktor anda apakah kaedah cegah kehamilan yang terbaik untuk anda. 

Mencegah lebih baik daripada merawat. 


Semoga kita semua dilindungi Allah, kita sememangnya di akhir zaman. Jaga diri anda baik-baik, hormati diri anda, sayangi diri anda. Take care <3







Popular posts from this blog

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan?

3D 4D scan at KLINIK UZMA Kelana Jaya

Vaksin Wajib dan Vaksin Tambahan di KLINIK UZMA