Doakan Klinik Uzma ! Kami ingin bertahan untuk anda !

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Bagaimana perayaan Deepavali dan cuti sekolah baru-baru ini? Pasti bawa anak dan keluarga bercuti dan berjumpa sanak saudara. Semoga kita semua dilindungi dan diberi kesihatan sentiasa.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang perjalanan Klinik Uzma dan Fisio Uzma. Syukur alhamdulillah, kami diberi peluang untuk berkhidmat untuk masyarakat Kelana Jaya dan juga di seluruh KL & Selangor.

Kami sentiasa memikirkan penambahbaikan pada servis kami dan juga bagaimana kami dapat membantu dan memudahkan pesakit kami. Kami cuba mempelbagaikan servis kami; ini termasuk cadangan untuk membuka Klinik Khas untuk


1) Weight management clinic

2) STD Clinic

3) Prep & Pep clinic

4) Mens health clinic

5) Yellow fever vaccination centre

6) OHD Clinic

7) Klinik Pakar Perubatan Keluarga


Pada fikiran kami, kami ingin memudahkan pesakit dan client kami. Kami ingin menjadi one stop centre dan membantu ramai orang. Tetapi semua ini bukanlah mudah.  Kami faham, perjalanan dunia swasta sememangnya mencabar. Tetapi disebabkan ini, fikiran kami sentiasa berjalan dan terus memikirkan apa yang terbaik untuk semua. Bolehkah kami lakukan semua ini? Di saat ekonomi negara dan ekonomi dunia yang semakin tenat?


Saya teringat persoalan rakan saya. Sarah, bagaimana Klinik Uzma boleh menjadi seperti sekarang? Saya lihat kembali perjalanan kami, sememangnya sukar dan lambat tetapi apa yang penting kami sentiasa melangkah ke hadapan, tidak kira apa pun rintangan kami teruskan langkah kami satu persatu ke hadapan. Kami bermula dengan menyewa kedai pada harga yang kami mampu sewa. Lokasi jauh ke belakang dan ada gelas yang melindungi pandangan orang luar ke arah klinik kami. Tetapi alhamdulillah kami sabar dan akhirnya dapat pindah ke lokasi yang lebih baik.

Kami sangkakan semuanya sudah reda. Semua sudah selesai. Namun awal tahun 2022, kami digemparkan dengan cabaran baru. Ya, Allah sayang kami semua. Allah mahu kami lebih mengingatinya , lebih beriman kepadaNya. Kami diberi cabaran baru, kami perlu berpindah atau kami perlu beli unit kedai klinik kami. Selepas berbincang, kami membuat keputusan untuk membeli unit kedai kerana mungkin jika kami berpindah di kedai lain, mungkin perkara yang sama akan berulang lagi.


Kami akan buat yang terbaik. Dan ya, kami akan cuba bertahan dan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Doakan kami ya! Terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Siapalah kami tanpa sokongan anda!!!


Kami amat menyayangi keluarga Uzma. Kami juga amat menyayangi pesakit kami <3





Dari kiri atas : Afiqah, Nadia, Ain, Husna, Tini, Ika, Fazrina, Fizah, Ayunie, Haziqah, Rafifah, Aina, Arni, Bella, Hasmida
Dari kiri tengah : Wahidah, Dr Adilah, Dr Sakina, Dr Faizah, saya, Kak Ina, Dr Syaza, Dr Isha (dh berpindah)
Dari kiri bawah : Asri, Zairi, Adlan ( dh berpindah), Fitri, Khidir, Helmi, Dr Kamarul, Fadli


Staf Uzma akan sentiasa di dalam ingatan kami. Terima kasih untuk segalanya. Mari kita buat yang terbaik untuk semua!!! 


Yang ikhlas


Dr Sarah

0378860002

0109863198

www.klinikuzma.com

#klinikuzma

#fisiouzma

#uzma_jom_sihat









Popular posts from this blog

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan?

3D 4D scan at KLINIK UZMA Kelana Jaya

Vaksin Wajib dan Vaksin Tambahan di KLINIK UZMA