Kenapa saya tak tahu ada scan mengandung di sini?

 Salam semua,


Hujan lebat baru-baru ini. Rumah saya di Klang memang air dah naik hampir nak banjir macam bulan Disember tahun lepas. Syukur hujan lebat berhenti air tak terus menaik. Syukur ya Allah , sebab saya memang risau lebih lebih lagi suami kerja luar kawasan. Memang kemungkinan ada hujan lebat sehingga akhir tahun ini tapi dikhabarkan tidak akan jadi seperti banjir akhir tahun lepas.

Saya dapat whatsapp mesej dari Dr Adilah. Dia cakap ada pesakit marah dan terkilan kenapa dia tak tahu Klinik Uzma Kelana Mall ada servis scan ibu mengandung dan scan sakit wanita. Pesakit itu duduk di sebelah Kelana Mall sahaja, apartment baru di High Park. Dia cakap dia google semua tapi nama Klinik Uzma tiada dalam list beliau. Dr Adilah terus memberitahu dan menegaskan kita perlu war-war kepada warga Kelana Jaya terutamanya. 

Saya pun mula google dan mencari info di internet. Benar kata Dr Adilah, Klinik Uzma sudah jauh ke belakang. Pesakit tidak tahu kehadiran kami di Kelana Jaya.... Di zaman digital marketing ini, sememang nya kita perlu berusaha untuk mengikut aliran baru. Informasi mulut ke mulut masih ada, tetapi sememangnya mengambil masa. Kadang kala berbulan hingga ke bertahun.

InshaaAllah kami akan usaha. Digital marketing..SEO dan sebagainya. Perkataan baru yang saya dan rakan rakan perlu belajar. Tidak lewat untuk kami bermula. 




Klinik Uzma ingin menjadi klinik ONE STOP CENTRE. Semua inshaaAllah ada.. 

1. Ultrasound scan untuk ibu mengandung, untuk wanita, lelaki & kanak-kanak semua nya ada, termasuk 2D 3D 4D 5D. Nak detailed scan ada. Siap ada sonographer in the house. Alhamdulillah.

2. XRAY juga ada. Radiographer Hasmida sedia membantu.

3. Periksa darah untuk denggi juga ada. 

4. Ujian air kencing juga ada.

5. Ujian pemeriksaan Rapid Test Kit untuk HIV, Covid-19, Typhoid, RSV, Adenovirus, Mycoplasma, Rotavirus, ujian air kencing dadah, Influenza A&B ada

6. Pemeriksaan kesihatan juga ada. Medical check up masuk kerja, masuk belajar semua boleh.

7. Nak doktor perempuan ada. Nak doktor lelaki ada.  :) Nak periksa sakit perempuan & sakit tuan juga boleh.

8. Nak vaksin Covid-19, vaksin wajib bayi & kanak, vaksin HPV  Gardasil 9, vaksin tambahan;  influenza, pneumokokal, meningokokal (umrah), vaksin tifoid, vaksin darjah 1, vaksin ibu mengandung tetanus & Boostrix, vaksin rotavirus, vaksin Chicken Pox semua inshaaAllah memang simpan. Klinik Uzma mempunyai peti sejuk farmaseutikal <3 InshaaAllah nanti vaksin Yellow fever masuk ; sedang tunggu lawatan dari KKM sahaja inshaaAllah.

9. Nak bersenam ada mini gym. Nak kurus ada program Uzma Jom sihat. Nak ubat kurus ada. (sebenarnya ubat kurang rasa lapar dan makan je). Perlu bersenam juga ya. hehehe

10. Nak fisio ada Fisio Uzma, betul betul di atas Klinik Uzma Kelana Mall. Siap ada lift hehe.

11. Nak alat kontraseptif ada IUCD, Implanon, suntikan 3 bulan semua ada.

12. Nak buang kuku, buang nanah, buang ketulan, nak sunat juga ada.

13. Ada bantuan Amal Uzma, makana percuma kepada mereka yang memerlukan.


Ada servis baru akan datang inshaaAllah !!!


Jika ada cadangan boleh whatsapp kami di 0109863198. 


Take care everyone. Good night.

 

Dr Sarah


Popular posts from this blog

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan?

3D 4D scan at KLINIK UZMA Kelana Jaya

Vaksin Wajib dan Vaksin Tambahan di KLINIK UZMA