Vaksin Wajib dan Vaksin Tambahan di KLINIK UZMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Maaf sudah lama saya menyepi kerana agak sibuk dengan kelahiran anak kedua kami Hajar. Alhamdulillah kali ini saya dapat lahirkan baby secara normal setelah operation emergency caeser semasa anak pertama kami Khadijah. :)

Semenjak akhir-akhir ini KLINIK UZMA banyak menerima kes kes berjangkit seperti penyakit tangan,kaki dan mulut (HFMD) dan cacar air (Chicken Pox, Varicella Zoster). Penyakit berjangkit seperti ini memerlukan kuarantin di rumah kerana kuatir akan senang berjangkit kepada orang lain terutama sekali golongan kanak-kanak, ibu mengandung dan warga emas.

Maka, saya mengambil kesempatan disini untuk berkongsi maklumat mengenai vaksin wajib dan vaksin tambahan kerana saya yakin mencegah itu lebih baik daripada mengubati.


Vaksin wajib :


Vaksin tambahan :

Contoh jadual imunisasi bayi di Klinik Uzma ( jadual vaksin wajib bersama vaksin tambahan/optional)

Vaksin tambahan adalah yang ditulis ( OPTIONAL )



Ramai ibubapa di luar sana bertanya vaksin tambahan apa yang terbaik dan perlu diambil untuk anak-anak mereka. Maka saya kongsi sedikit informasi mengenai vaksin tambahan yang diberikan untuk anak-anak saya Khadijah dan Hajar.

Semua vaksin-vaksin tambahan boleh didapati di @klinikuzma

1) Rotavirus ( Brand Rotarix )


Rotavirus adalah virus yang paling biasa menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk.

Menurut WHO, setengah juta kanak-kanak mati akibat jangkitan rotavirus.


2) Pneumococcal ( Brand Prevenar-13 atau Synflorix )


Penyakit pneumokokal disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae . 

Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi kanak-kanak dan warga tua lebih kerap kena. 

Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk ... 

🔴 jangkitan paru-paru ,
🔴 meningitis (radang selaput saraf tunjang atau otak) ,
🔴 sepsis ( jangkitan dalam darah) ,
🔴 sinusitis (jangkitan pada sinus) dan
🔴 otitis media ( jangkitan telinga tengah ).

8.8 juta kanak-kanak mati seluruh dunia akibat penyakit ini. Kadar kematian tertinggi adalah di Afrika dan Asia.

VAKSIN PNEUMOKOKAL DAPAT MENCEGAH/MENGURANG RISIKO PENYAKIT PNEUMOKOKAL.


3) Influenza ( Brand Fluquadri )


Virus influenza ini boleh tersebar melalui bawaan udara.

Gejala awal termasuk demam secara tiba-tiba, sakit tekak, batuk, berasa seram sejuk, sakit kepala, sakit otot, atau rasa lebih fizikal dan mental.

Jangkitan berlaku lebih teruk dalam kalangan warga tua dan kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan maut terutamanya warga emas dan pesakit kronik.

VAKSIN INFLUENZA boleh didapati di KLINIK UZMA. 

4) Chicken Pox ( Brand Varilvix )


Anak akan ada ruam ruam merah. Walaubagaimanapun, sesetengah kes cacar air mengalami komplikasi serius seperti ...

>> Jangkitan kuman pada kulit.
>> Jangkitan pada darah (blood stream infection).
>> Radang paru-paru.
>> Keradangan otak

Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Vaksin “varicella” hanya boleh didapati di KLINIK @ HOSPITAL SWASTA buat masa sekarang.


5) Hepatitis A ( Brand Avaxim )


Jangkitan virus ini akan menyerang hati.

Fungsi hati akan terjejas dan akibatnya bayi akan menjadi kuning.

Untuk kanak-kanak umur 1 tahun ke atas: 2 dos diperlukan dengan jarak vaksin diantara 6 hingga 12 bulan.

HUBUNGI DOKTOR ANDA UNTUK MENDAPATKAN VAKSIN HEPATITIS A UNTUK ANAK ANDA
 


6)  Meningokokal vaksin ( Brand Menactra atau Nimenrix )



Penyakit Meningokokal disebakan oleh bakteria Neisseria meningitis. 

Kuman ini akan merebak dalam darah. Akhir sekali, selaput otak anak yang dijangkiti akan bengkak dan mengalami keradangan.

MENINGGOKOKAL BOLEH DICEGAH/MENGURANG RISIKO DENGAN VAKSIN. 


Buat masa kini kesemua vaksin tambahan boleh didapati di klinik . Hanya perlu walk in sahaja. Untuk kesenangan ibubapa semua, jika ada ambil vaksin wajib tu klinik kerajaan atau mana-mana hospital/klinik swasta, pastikan jarak untuk suntikan seterusnya adalah 1 bulan.

Jika terdapat sebarang persoalan, boleh hubungi kami di 03-78876537 atau wassap nombor kami di 010-9863198.



Harga-harga terkini August 2018 :




Terima kasih dan jumpa lagi :)

Saya sentiasa mendoakan kesihatan setiap pesakit Klinik Uzma semoga diberi kesembuhan , kesihatan dan diredhaiNya amin !



Mama Khadijah & Hajar






Popular posts from this blog

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan?

3D 4D scan at KLINIK UZMA Kelana Jaya