Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada umat Islam yang berpuasa.

Disini saya akan cuba untuk menjawab segala persoalan yang kami terima daripada Facebook Klinik Uzma :

1) Bolehkah bakal jemaah haji 2016 melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Uzma?

    Ya, anda boleh melakukan pemeriksaan kesihatan di sini. Kedua doktor yang bertugas mempunyai     nombor pendaftaran haji yang sah untuk tahun 2016.

2) Bolehkah kami mendapatkan suntikan vaksin wajib Meningococcal dan vaksin tambahan seperti         Influenza & Pneumococcal?

   Ya. Kami menyediakan kesemua vaksin untuk bakal jemaah haji dan umrah. Kebanyakan bakal           jemaah haji sudah mengambil vaksin wajib Meningococcal di Klinik Kesihatan. Kepada bakal haji     yang tidak sempat untuk mengambil suntikan di klinik kesihatan, anda boleh mendapatkan                   suntikan di Klinik Uzma. Vaksin Influenza & Pneumococcal juga disarankan untuk diambil untuk       bakal jemaah haji terutama kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3) Bolehkah saya melakukan pemeriksaan kesihataan penuh (Full Medical Check Up) di Klinik Uzma untuk kemasukan belajar/bekerja? Apakah pakej2 yang tersedia?
 
    Kesemua pemeriksaan kesihataan penuh boleh dilakukan di sini. Kebanyakan pemeriksaan                 merangkumi pemeriksaan fizikal, pengambilan darah, ujian air kencing dan juga X-Ray dada.
    Doktor bertugas akan memeriksa tekanan darah, degupan jantung, mata, telinga dan kesemua             pemeriksaan fizikal. Selepas itu, pengambilan darah dan sampel air kencing akan dilakukan. Untuk     X-Ray dada, kami akan menghantar ke tempat lain ( yang berdekatan). Xray dada akan diberi             kepada pesakit pada hari yang sama.

   Untuk pemeriksaan darah, kami menyediakan 3 pakej :

  a) Pakej A (RM 100) - ujian darah lengkap, fungsi hati, fungsi buah pinggang, ujian kencing manis,        uric acid (gout), kolesterol, dan ujian air kencing.

   b) Pakej B (RM 150) - Pakej A + Ujian virus hepatitis B & sifilis, ujian tiroid, dan ujian sakit sendi

    c) Pakej C (RM 200) - Pakej B + ujian hiv & hepatitis A, tumour marker (sel barah)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4) Adakah Klinik Uzma hanya menerima pesakit umat Islam?

   TIDAK. Klinik kami sedia memberi perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira          bangsa & agama.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
5) Kepada ibu-ibu mengandung :

- Anda boleh walk-in pada bila-bila masa untuk pemeriksaan kesihatan & scan 2D Kepada ibu               bekerja, anda boleh singgah ke klinik selepas bekerja. (kesemua doktor disini adalah doktor wanita)
- Kepada ibu yang ingin melakukan scan 3D/4D dan Detail scan, anda disarankan untuk membuat          temujanji terlebih dahulu, selewat-lewatnya sehari sebelum pemeriksaan ingin dijalankan. Sila            hubungi klinik di talian 03-7887 6537.
- Kami membuat pemeriksaan penuh seperti klinik kesihatan termasuk :
   > ujian darah merah hemoglobin (RM 12)
   > suntikan vaksin kancing gigi (RM 15 untuk 1 suntikan)
   > minum air gula untuk memeriksa kencing manis semasa mengandung. ( RM 30 - darah diambil            2 kali, semasa berpuasa & 2jam selepas minum air gula)
   > ujian air kencing : memeriksaan gula / protein dalam air kencing. (RM 10)
   > scan biasa 2D & pemeriksaan tekanan darah, berat, konsultasi ( RM60)
- Kami juga ada menyediakan buku antenatal

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Diharap post saya pada kali ini dapat memberi lebih informasi kepada anda semua. Anda boleh kunjungi kami di facebook Klinik Uzma atau hubungi kami di talian 03-7887 6537 untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

MamaKhadijah








Popular posts from this blog

Doktor, haid saya lewat! Apa perlu saya lakukan?

3D 4D scan at KLINIK UZMA Kelana Jaya

Vaksin Wajib dan Vaksin Tambahan di KLINIK UZMA